Wednesday, 30 March 2011

Renungan buat ANAK~

Bila dahaga, yang susukan aku....mak                           
Bila lapar, yang suapkan aku....mak                            
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak                  
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak                    
Bila bangun tidur, aku cari....
mak                            
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak                      
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak                          
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak                        
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak                      
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak                          
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak                        
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak                
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak                          
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak                        
Aku selalu teringatkan ....
mak                              
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak                          
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak                    
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak                          
Bila takut, aku selalu panggil... 
" emmaaakkkk! "                      
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak                      
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak                      
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak                        
Bila ada masalah, yang paling risau.... 
mak                        
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni... 
mak                    
Yang selalu masak makanan kegemaranku...
mak                      
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak              
 
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak                
Yang selalu berleter kat aku...
mak                            
Yang selalu puji aku....
mak                                
Yang selalu nasihat aku....
mak                              
Bila nak berkahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk....
mak



****************************************************************************************

Aku akan ada pasangan hidup sendiri
TETAPI..... 
   
 
                        
Bila seronok, aku cari....pasanganku                          
Bila sedih, aku cari....
mak 
                                  
Bila berjaya, aku ceritakan kepada...pasanganku                      
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak     
                         

Bila bahagia, aku kongsikan bersama...pasanganku                        
Bila berduka, aku mencari...
emakku   
                          
Bila nak bercuti, aku bawa...pasanganku                        
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak   
                        
Bila hari istimewa, akanku berikan hadiah kepada pasangankuBila sambut hari ibu... aku cuma mengucapkan 
“Selamat Hari Ibu” 
              
Selalu... aku ingat pasanganku
 
Selalu...
mak ingat kat aku 
                                  
Bila-bila... aku akan telefon pasanganku
Entah bila... aku nak telefon
 
mak 
                              
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku                      
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
 
emak    
               
~ Renungkan ~  
"Nak... Kalau kau dah habis belajar, pergilah bekerja...
Bila dah senang, kirimkan duit untuk mak ye?
Mak bukan nak mintak banyak...
Lima Puluh Ringgit pun cukuplah ye nak...."

           Berderai air mata jika kita mendengarnya........   
                   
Tapi kalau mak sudah tiada...
 
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT.....
   

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya ?
berapa ramai yang sanggup
 mencuci muntah ibunya ?
berapa ramai yang sanggup
 mengantikan lampin ibunya ? 
berapa ramai yang sanggup
 membersihkan najis ibunya ?
berapa ramai yang sanggup
 membersihkan luka kudis ibunya ?  
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya ?

dan persoalan terakhir 
berapa ramai yang mampu MENYEMPURNAKAN JENAZAH ibunya ? ? ?

Ya Allah... Ampunkanlah dosa ibu bapa kami.
Limpah kurniakanlah rahmatMu dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mencintai kami sejak kecil....



mak & adik FR~ ♥ ♥ 

Monday, 21 March 2011

JANGAN STRESS~


Gambar dilampirkan ini adalah salah satu bahan berkesan yang digunakan untuk satu kajian STRESS, di hospital St Marry, Birmingham, London. 


Lihat kedua dua dolphin yang melompat dari air tersebut, kedua dua dolphin tersebut merupakan dolphin kembar yang lahir dari ibu yang sama. 

Penyelidik mendapati, jika seseorang itu mendapati kedua dua dolphin tersebut berbeza, bermakna ia telah mengalami STRESS ! ! !
Lebih banyak perbezaan dilihat, lebih berat stress yang ada pada mereka.


Jadi sesiapa yang melihat terlalu banyak perbezaanya, dinasihatkan kemas barang, shutdown komputer dan balik untuk berehat. 

Elok ambillah cuti 1 atau 2 hari!

( Lebih elok buat solat taubat banyak2  )

FR asyik ketawa jer.. 
Tak ade tekanan nampak dolphine ni sama...
Kembar yg sangat seiras...
Mula-mula FR ingat dolphin ni kembar siam!

hehehe... =p 



FR happy jer~

anda ? ? ?

ADUHAI~

Seorang tukang kayu yang bekerja di sebuah syarikat pembinaan perumahan berhasrat untuk bersara lebih awal dari pekerjaannya. Dia menyampaikan keinginannya itu kepada majikannya, pemilik syarikat berkenaan. Apabila tidak bekerja, sudah tentulah dia akan kehilangan pendapatan bulanan. Tetapi, si tukang kayu itu sudah nekad untuk bersara. Dia sudah letih bekerja dan ingin berehat serta mahu menikmati sisa hari tuanya dengan penuh ketenangan dan kedamaian bersama anak dan isterinya. Si pemilik syarikat pula berasa sedih kerana kehilangan salah seorang pekerja terbaiknya. Dia meminta tukang kayu itu membuatkan sebuah rumah untuk dirinya, sebagai karya terakhir yang dapat diberikan kepada syarikat.



Tukang kayu itu pun bersetuju dengan permohonan peribadi yang diminta oleh majikannya. Tetapi, yang sebenarnya di hati kecil si tukang kayu itu menolak dan persetujuannya itu hanyalah semata-mata kerana terpaksa. Baginya, pemilik syarikat itu tidak mahu rugi dan mahu menggunakan khidmatnya hingga ke saat akhir. 

Hatinya tidak tertumpu kepada tugas yang dilakukannya dengan sepenuh hati. Dengan bahan yang sekadarnya, dengan hati yang tidak bersungguh-sungguh, dia pun memulakan tugas membina rumah. akhirnya, rumah itu siap terbina tetapi dengan hasil yang tidak begitu memuaskan. Dia mengakhiri kerjayanya dengan prestasi yang tidak maksima dan kurang membanggakan.

Ketika si pemilik syarikat datang untuk melihat rumah yang baru dibina itu, tukang kayu pun menyerahkan kunci rumah kepadanya. Pemilik syarikat itu mengucapkan terima kasih atas hasil kerja terakhir tukang kayu itu. 

Tetapi, ketika Pemilik syarikat bersalam dengan tukang kayu, dia mengatakan yang rumah itu sebenarnya adalah untuk si tukang kayu itu. 

"Ambillah, gunakanlah rumah ini untuk hari tuamu dan anggaplah rumah ini sebagai ungkapan terima kasih syarikat di atas dedikasi dan kesetiaan kamu pada syarikat selama ini." 

Demikian kata-kata pemilik syarikat sebagai ucapan perpisahan.



Betapa terkejutnya si tukang kayu. Dia berasa sangat malu dan menyesal ketika menerima kunci rumah yang baru dihasilkannya itu. Sekiranya dia tahu yang rumah itu adalah untuknya, sudah tentu dia akan membinanya dengan bersungguh-sungguh. Itulah kehidupan yang penuh misteri. Waktu yang merupakan aset terbesar kita kadang-kadang menjadi sia-sia sekiranya diakhiri dengan penyesalan. Padahal, dalam kehidupan ini, kita diibaratkan sedang membina rumah yang akan kita nikmati hasilnya, baik di hari tua mahupun sebagai monumen yang dapat dilihat dan dibaca oleh orang lain.




*************************************************


Sebenarnya, sikap pada kehidupanlah yang membuat kehidupan itu terasa pahit dan membosankan, sedangkan kehidupan itu berjalan bersesuaian dengan ritma alam yang mengaturnya sedemikian rupa. sikap ini pula yang membuat setiap individu menjalani kehidupan dengan sepenuh atau separuh hati. Apa yang difikirkan biasanya mempengaruhi bagaimana sikap kita pada apa yang kita fikirkan dan seterusnya mempengaruhi pekerjaan dan usaha kita. 


"Masa lalu adalah persoalan yang sudah mati dan kita tidak mungkin meraih momentum untuk menuju hari esok sekiranya kita menyeret masa lalu di belakang kita." 


(Jack Hayford)



Kita tidak tahu apakah akibat daripada tindakan yang kita lakukan ketika ini, kita hanya dapat mengagak dan meneka. Tetapi yang pasti hari ini adalah sebahagian waktu yang kita hadapi langkah demi langkah dan di situlah harta dan makna kehidupan yang kita lakukan.


"Perbezaan antara siapa anda hari ini dengan siapa anda lima tahun akan datang, dapat dilihat daripada buku-buku yang anda baca dan dengan siapa anda bergaul serta dengan siapa anda menghabiskan masa." 


(Charles Jones) 



Itulah sebabnya apapun yang dilakukan ketika ini, sama ada tugas, tanggungjawab yang diberikan serta jawatan yang disandang perlu dilaksanakan sebaiknya kerana apa yang disemai, itulah yang akan dituai. seperti yang biasa dikatakan oleh arkitek:


"Kehidupan adalah projek yang kita laksanakan sendiri. Pada akhir perjalan, kita terkejut melihat apa yang kita lakukan dan akan menemukan diri kita hidup di dalam rumah yang kita ciptakan sendiri."




Justeru fikir-fikirkanlah. apakah hidup yang kita semai di dunia ini akan berbaloi hasilnya untuk dituai di akhirat kelak? 


Sama-samalah kita renungkan.




Wallahu a'lam~





Sunday, 20 March 2011

DOA PENGASIH YANG DIAJAR RASULULLAH S.A.W~

Seorang perempuan bernama Umaimah bt Sabieh, ibu kepada al-Mujtahid al-Hafiz Abu Hurairah al-Dausi al-Yamani,
ketua para penghafal hadis Nabi Muhammad Sallallahu A'laihi Wasallam yang cukup terkenal.



Imam al-Syafi'i pernah menyifatkan Abu Hurairah sebagai orang yang paling banyak menghafal hadis Nabi pada zamannya. Abu Hurairah memeluk Islam selepas datang ke Madinah untuk menziarahi Rasulullah pada bulan Muharram 7 Hijrah.

Malangnya, Abu Hurairah begitu sedih kerana ibunya sendiri menentang Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Malahan ibunya juga telah mengatakan perkara yang buruk terhadap baginda Rasulullah. Perkara ini ternyata begitu menyusahkan Abu Hurairah hinggakan beliau menemui Nabi Muhammad, memohon doa Nabi, agar Allah memberikan ibunya hidayah. Beliau mengadu dengan katanya; "Wahai Nabi, saya menyeru ibu agar dia memeluk Islam, namun dia enggan. Malah dia memburukkan Islam! Mohonlah kepada Allah agar memberikan hidayah kepadanya."

Mendengar kesungguhan abu Hurairah dengan rayuannya itu, Nabi dengan sifat rahmat Baginda telah memohon dengan doa yang ma'thur, yang bermaksud;

"Ya Allah, Berikanlah hidayah Mu kepada ibu Abu Hurairah."



Seterusnya Abu Hurairah bercerita :

"Mendengar doa Nabi itu, aku keluar dari masjid menuju ke rumahku dalam keadaan bergembira dan yakin akan kemakbulannya. Sebaik sahaja aku sampai ke rumah, ibu mendengar ketukanku pada pintu rumah. Beliau menyuruhku agar menunggu di luar rumah.

Kedengaran dari luar rumah bunyi air mandian dicurahkan. Sebentar kemudian ibuku keluar mendapatkanku dalam keadaan bertudung kepala. Beliau berkata: "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya."

Mendengar persaksian itu, aku menjadi sangat gembira lalu aku bersegera pulang kepada baginda Rasulullah di masjid utuk memberitahunya tentang keislaman ibu. Mendengar perkembangan yang amat baik itu, Nabi Muhammad bertahmid memuji Allah. Walaupun ibuku sudah memeluk Islam, Aku masih lagi mengharapkan doa Nabi yang lain. Aku meminta kepada Baginda agar mendoakan kami menjadi manusia yang disayangi oleh orang lain. Nabi berdoa lagi dengan lafaz Baginda yang bermaksud:

"Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini dan ibunya dicintai pada hati orang yang beriman, dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman." (Riwayat Muslim)



Kesan daripada doa Nabi yang seterusnya ini, semua Mukmin yang mendengar namaku disebutkan akan menjadi gembira dan sayang kepadaku.'

Ibu kepada Abu Hurairah pula telah bertukar menjadi wanita solehah yang kerap mendahulukan Allah dan Islam, mengatasi tuntutan peribadinya.


Dalam sebuah riwayat daripada Hamid bin Malik, beliau berkata; "Pernah kami duduk bersama Abu Hurairah di Tanah miliknya di Aqiq, lalu datang segolongan manusia dari Madinah menaiki kenderaan masing-masing. Mereka datang meminta bantuan. Abu Hurairah berkata kepada mereka; 'Pergilah kamu wahai Hamid kepada ibuku dan katakan kepadanya aku mengucapkan salam kepadanya dan katakan juga agar memberi kita makan.' Beliau pergi ke rumah ibunya lalu melakukan suruhan Abu Hurairah itu."

"Ibunya lantas menyiapkan roti dengan minyak dan sedikit garam lalu meletakkan ke atas kepalaku, lalu aku membawa makanan itu kepada Abu Hurairah radiallahu 'anhu."

"Sebaik sahaja aku meletakkannya di hadapan Abu Hurairah, beliau berkata; 'Syukur kepada Allah yang telah memuliakan kami dengan makanan ini, sedangkan dahulunya kami hanya makan dua benda yang hitam (tamar dan air)."

Semoga Allah merahmati sahabat daripada keturunan Daus dan ibunya ini dan meredhai keduanya.

(Dipetik & Disesuaikan daripada hadis Riwayat al-Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad, no. 572, riwayat Muslim, no. 2491 dan Al-Bidayah wa al-Nihayah, 8/11).


Sumber Artikel: Majalah Solusi (Isu No. 12, 2009).

Saturday, 19 March 2011

PUPUSNYA PERHIASAN DUNIA~

Wanita di zaman ini ramai yang telah meninggalkan ajaran Islam. Mereka berpakaian tapi bertelanjang, meniru pakaian orang kafir yang jelas haram hukumnya. Dan mereka juga memuja pakaian artis yang terang-terangan bercanggah dengan hukum Islam, mereka berseluar ketat dan nipis, berbaju singkat dan ketat. Mereka mendedahkan tubuh (aurat) dan mengiklankannya dikhalayak ramai dengan sombong, megah dan tidak segan silu serta tidak takut lagi kepada dosa dan murka (azab) Allah.


Pemerintah, mufti-mufti, alim-ulama', ibu-bapa dan masyarakat tidak bersungguh-sungguh untuk menasihati dan mencegahnya. Kesudahan dan akhirnya berlakulah zina dan maksiat dengan bermaharaja lela di dalam kehidupan manusia hari ini akibat daripada kuman-kuman wanita yang mendedahkan tubuh badannya dan pergaulan bebas di antara laki-laki dan wanita tanpa batas agama dan undang-undang? Adakah kita semua mahu ditimpa bala oleh Allah? ? ? 

Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan para pembaca yang dirahmati Allah,
Wahai orang-orang yang mempunyai akal fikiran, bertaubatlah segera sebelum kita dimasukkan ke dalam liang lahad!

Manusia zaman ini tamak haloba dengan nikmat Allah tetapi tidak mahu taat kepada-Nya. Kita mengetahui Allah itu ada tetapi tidak mahu berusaha untuk menuntut keredhaan-Nya. Kita menyembah Allah sedang mata hati fana' dengan duniawi. Tidakkah kita tahu Allah sahaja yang KEKAL ABADI ? ? ?

Kita juga sering tidak syukur dengan nikmat Allah, rezeki yang Allah kurnia kepada  kita. Mungkin kita beranggapan itu semua dari usaha dan cerdik pandai kita sendiri. Kepada siapakah harus kita berterima kasih dan memohon selain daripad-Nya? 

"maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?"
Ar Rahman 55 : 13 


Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda (mafhumnya):
"Dua sifat daripada ahli neraka, aku belum lagi melihat keduanya, satu kaum yang bersama-sama mereka cemeti-cemeti seperti ekor-ekor lembu, mereka memukul manusia dengannya. Dan perempuan-perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), mereka tidak akan masuk jannah (syurga) dan tidak akan mendapatkan baunya. Dan sesungguhnya baunya (jannah) itu boleh didapati dari jarak perjalanan demikian dan demikian.. (jauh jaraknya)."
(hadis riwayat Imam Muslim)


Janganlah kita hanya menunding jari dan menyatakan kesilapan itu datang dari suatu pihak semata-mata. Dalam kes ini, LELAKI lebih bertanggungjawab sebenarnya. Tanpa keinginan, tiadalah penghasilan.


WALLAHU A'LAM~

KENALI KEAIBAN DIRI~

Biasa saja kita mengungkapkan keaiban orang lain sama ada sengaja atau tidak. Namun adakalanya kita perlu menyelak tabir diri, mencari berapa banyak keaiban yang ada pada diri. Jadi mari kita kenal keaiban itu dengan beberapa cara.


1. Hampirkan diri pada guru atau orang berilmu yang dapat menyingkapkan sifat-sIfat buruk yang bersarang dalam diri manusia. Guru akan memberitahu keaiban diri seseorang dan cara-cara mengubatinya.


2. Hendaklah mencari rakan karib yang boleh dipercayai, bijaksana dan lebih pengetahuan agamanya. Teman sebegini akan memerhatikan tingkah laku temannya dan jika terdapat perbuatan yang tidak elok, dia segera mengingatinya.


3. Hendaklah berlapang dada apabila menerima teguran atau nasihat orang lain yang bersangkutan dengan perlakuan atau sifat aib yang terdapat dalam diri seseorang.


4. Hendaklah sentiasa bergaul dengan orang ramai. Lantaran sebarang perkara tercela yang dilihat pada orang lain akan menimbulkan pertanyaan kepada dirinya-adakah perkara tersebut ada pada diri aku? Kerana setiap mukmin adalah cermin kepada mukmin yang lain.


5. Sebelum melelapkan mata di malam hari, muhasabahlah diri berapa banyak kebaikan dan keburukan dibuat. Timbangkan yang mana lebih banyak dibuat.


Sesungguhnya tabiat dan sifat manusia di alam ini sama sahaja dalam menurut hawa nafsu, setiap sifat yang ada pada orang lain, tidak mustahil terdapat pada diri sendiri. Malah mungkin dahsyat daripada itu. Sebaik-baiknya telitilah diri sendiri dan bersihkan diri daripada mencela orang lain. 


Ingatlah, tiada cara yang lebih utama untuk mendidik diri selain mengenal keaiban diri terlebih dahulu. 
                       Wallahu a’lam~