Wanita di zaman ini ramai yang telah meninggalkan ajaran Islam. Mereka berpakaian tapi bertelanjang, meniru pakaian orang kafir yang jelas haram hukumnya. Dan mereka juga memuja pakaian artis yang terang-terangan bercanggah dengan hukum Islam, mereka berseluar ketat dan nipis, berbaju singkat dan ketat. Mereka mendedahkan tubuh (aurat) dan mengiklankannya dikhalayak ramai dengan sombong, megah dan tidak segan silu serta tidak takut lagi kepada dosa dan murka (azab) Allah.
Pemerintah, mufti-mufti, alim-ulama', ibu-bapa dan masyarakat tidak bersungguh-sungguh untuk menasihati dan mencegahnya. Kesudahan dan akhirnya berlakulah zina dan maksiat dengan bermaharaja lela di dalam kehidupan manusia hari ini akibat daripada kuman-kuman wanita yang mendedahkan tubuh badannya dan pergaulan bebas di antara laki-laki dan wanita tanpa batas agama dan undang-undang? Adakah kita semua mahu ditimpa bala oleh Allah? ? ?
Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan para pembaca yang dirahmati Allah,
Wahai orang-orang yang mempunyai akal fikiran, bertaubatlah segera sebelum kita dimasukkan ke dalam liang lahad!
Manusia zaman ini tamak haloba dengan nikmat Allah tetapi tidak mahu taat kepada-Nya. Kita mengetahui Allah itu ada tetapi tidak mahu berusaha untuk menuntut keredhaan-Nya. Kita menyembah Allah sedang mata hati fana' dengan duniawi. Tidakkah kita tahu Allah sahaja yang KEKAL ABADI ? ? ?
Kita juga sering tidak syukur dengan nikmat Allah, rezeki yang Allah kurnia kepada kita. Mungkin kita beranggapan itu semua dari usaha dan cerdik pandai kita sendiri. Kepada siapakah harus kita berterima kasih dan memohon selain daripad-Nya?
"maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?"Ar Rahman 55 : 13
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda (mafhumnya):
"Dua sifat daripada ahli neraka, aku belum lagi melihat keduanya, satu kaum yang bersama-sama mereka cemeti-cemeti seperti ekor-ekor lembu, mereka memukul manusia dengannya. Dan perempuan-perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), mereka tidak akan masuk jannah (syurga) dan tidak akan mendapatkan baunya. Dan sesungguhnya baunya (jannah) itu boleh didapati dari jarak perjalanan demikian dan demikian.. (jauh jaraknya)."(hadis riwayat Imam Muslim)
Janganlah kita hanya menunding jari dan menyatakan kesilapan itu datang dari suatu pihak semata-mata. Dalam kes ini, LELAKI lebih bertanggungjawab sebenarnya. Tanpa keinginan, tiadalah penghasilan.
WALLAHU A'LAM~
=)
ReplyDelete